Monday 16 April 2012

Done with diploma..



Alhamdulillah 3 years have gone..I’m done with my diploma..Susah senang perit lelah dah berakhir..Sakit kew belajar?Sakit la untuk manusia cam aku yang xberapa nak clever sgt ni kan..
2 sem with 2 pointer.2 sem with 3 pointer.and 2 sem with DL..boleh kata pandai kew?hehe..xkowt..aku average jew..dungun, tempat cari gali ilmu untuk aku.banyak kegembiraan, kesedihan,keseronokan dan kesepian kat dungun.aku xsuka sangat ngan Bandar dungun.kecik,sempit,jalan raya berlubang-lubang,n banyak lagi lar dari sudut negative nyer.
tapi kat situlah tempat aku bergelumang dengan ilmu.kat situlah aku belajar berdikari.kat situlah aku kenal sape aku. Dan kat situlah jugak aku kenal dunia sebenar.3 tahun kowt kat dungun…macam2 orang aku kenal..macam2 benda aku lalui..dari yang terburuk hingga yang terbaik..
i’ll be missing dungun..Insyaallah degree nanti kat dungun jugak kowt.pergh xberkembang mana la aku kan.hahah..few of aku punyer kawan will be absorb to shah alam since result dorng perform.some of them tukar corz.amek business,finance,tesl,mascom n ad lg lar yg aku xtahu..so the rest continue wif account termasuk aku..
berapa kerat sgt lar yg tinggal..i’ll be missing them too..from now on diploma dah become history yg will be aku ingt sampai bila2..ya Allah sekejap je masa.xterasa ia berlalu..dan sekarang aku rasa kehilangan..kehilangan waktu2 diploma sebab sume tu dah jadi kenagan..
satu  lagi episod hidup aku yang dah sampai the end..ni lah yang dikatakan yang lepas makin jauh yang mendatang makin dekat..mati pun sama wahida…next episode will be degree time..Insyaallah…

Love at de first heard..

panjang tol entry kali ni..lyn jela..

Dia anak raja..mesti orang ingat aku gila jatuh hati ngan anak raja kan.biar la..tuah ayam nampak di kaki tuah manusia siapa yang tahu..haha..umur dia 21..

First time aku kenal dia baru lagi sebenarnya.masa tu aku dengar-dengar citer jela dari sorang lelaki ni pasal dye..lelaki tu salah seorang dari orang yang paliiiiiing aku kagumi kat atas muka bumi ni.sebab aku nak jadi macam dia..aku panggil dia ca kama..

Ca kama citer yang budak tu femes gak..sblom dye lahir lagi orang dah citer-citer pasal kelahiran dia.anak raja lah katakan..aku pun wonder gak spesel ngat ke budak ni.then bermulalah cerita..

Dia tu anak orang kaya raya.dah raja namanya kan.nama dia Fateh..walaupun dia kaya  tapi tak pernah la pulak nak berbangga-bangga. Dia pernah cakap “sy tidak bercadang untuk membina kediaman yang lebih indah dari Aya sofea kerana yang sy impikan hanyalah sebuah rumah yang dapat memberi ketenangan dalam mengingati Allah”..cair aku dengar..

Mana nak jumpa budak umur 21 cakap macam tu kan kan..hehe..
Pernah dengar tak ayat ni “Constatinople hanya akan dapat di tawan oleh seorang raja yang baik,tentera yang baik dan rakyat yang baik” sape yang kabo tu??

Apa xcukup baik ke saidina ali yang Allah memuliakan wajahnya sampai gagal untuk tawan Contatinople?
tidak..tapi mungkin ada dikalangan tentera atau rakyatnya yang tidak baik..

Kenal Salahudin al ayyubi?
Salah seorang orang yang cuba nk  tawan negara tu tapi syahid sebelum berjaya. n siap mintak nak dikuburkan kat negara tu sebab dia nak dengar derap kaki kuda orang yang berjaya tawan Constatinople nanti.

Bakpe la aku duk citer sal orang2 nie..
Tadi cter sal fateh orp..
Sebab..
Dialah orangnya..
Orang yang disebut-sebut nabi
Orang yang berjaya menawan balik negara yang dirampas  berpuluh-puluh tahun
Masa umur 21…
Hebat tak.
Aku skunk 20
Taun dpn 21
Nk tawan mende erk

Walaupun berjuang habis-habisan nak tawan Constatinople tapi ibadat xlupe beb..
Masa nak sembahyang
 Fateh pun bangun
Dia ckp
Sekarang aku nak pilih imam untuk solat
Siapa yang tak pernah meninggalkan solat fardhu sepanjang hidupnya sila bangun
Then semua tenteranya bangun
Xtertinggal sorang pun
Fateh tanya lagi siapa yang pernah tinggalkan solat rawatib sila duduk
then dah ada separuh dari tentera yang duduk
fateh tanya lagi
siapa yang sepanjang kita berada di sini (constatinople) xpernah meninggalkan solat tahajjud?
Semua tenteranya duduk
Fateh cakap
Maknanya aku lah yang layak menjadi imam..
Tgk la hebatnya seorang raja
Yang bernama
Sultan Muhammad al-fateh….

                                               haa nie la orgnyer..








Sunday 15 April 2012

Cinta tak bersyarat…


Assalamualaikum..lame tol tak update blog aku..entry kali ni sal cinta hati seorang perempuan..sekadar perkongsian dan pendapat dari aku..


“Aku sayang dia.susah la nak lupa dia.dia ajar aku erti hidup.nak suka dia kejap je tapi nak lupa susah..”
“dia dah ada orang lain,dia xpernah sayang aku.nape ye xley time aku cam aku time dye”
Kata kwn aku di suatu hari…

Hebatnya cinta..
Dia dah buat macam-macam pun masih xluntur rasa tu..
Lelaki,dimana kamu???

Dear kawan,
Kita ada 9 nafsu
Cinta tu cuma sub kepada 9 tu
Jangan sempitkan hidup kerana cinta
Pandang cinta tu sesuatu yang mahal
Tak terbayar walau dengan nyawa sekalipun
Kalau sayang biar la sampai ke sana
Jangan cuma bertahan setakat di tebing kubur
Terlerai dengan tangis
Berakhir kat situ
Kita nak tunjuk kat orang cinta kita agung
Sanggup berkorban apa je
Biarlah kena dengan caranya


Ramai lagi manusia sudi nak isi rompong hati tu
Jangan risau…
Ingat, cinta tu mahal!!
Memberi pada yang xmenerima
Takpe tak rugi apa-apa pun..
Mereka dan keluarga mereka je yang rugi..
sekian






           

Monday 23 January 2012

getar-itu-untuk-kamu

perghh tajuk..jangan tak tahu, aku pun ada minat tulis novel gak tau.dan aku ada banyak gak novel2 tergantung yang aku pernah buat zaman sekolah dulu.tergantung macam mana?ada yang synopsis je,ada yang satu dua chapter je.pastu aku give up.haha..herm aku rindu zaman tu..zaman hati bunga2..nape skunk dah tak berbunga kew?bunga jugak tapi tak macam dulu..haha..
aku rindukan hati aku yang dulu..
5tahun yang dulu..
Aku senang suka org
Senang jugak lupa org bila aku dah mula suka orang lain.player!
Tapi masa tu kat hati ni ada getar untuk orang yang aku suka.
Dan selepas lima tahun,hati ni dah berhenti untuk suka org atau dalam kata lain syg org.
Dan mematikan getar tu uptill now..ye kew wahida?habis tu mamat yg slalu di sebut tu siapa?haa jwb..
Dia tu cuma selingan within 5 years tu je..
Memang dia ada menumbuhkan rasa tapi bukan getar tu..
Dan kalau ada getar pun bukan jenis getaran yang 5 tahun lepas.amboi!
Sori la kalau xfaham sebab aku sendiri pun xbrape nak faham.
Last sekali org yang aku suka, masa aku form 2 till ble erk form 4 kot.tgk dye pn jntung aku bole dup dap dup dap..
belum lagi buat apa2..
Org nyer biasa2 je..tapi bijok ar..
Dia la kot org terakhir..nak kata aku suka dia lagi xlah kot.sbb beberapa tahun lepas ada jumpa dia.tapi getar tu dah hilang…
Dan aku sendiri pun tak tahu siapa pemilik getaran ni lagi..
We’ll see…

Friday 30 December 2011

wish lists 2012



1. aku takkan tido lepas subuh and asar lagi.walaupun mata ni terpaksa menahan kesenakan yang teramat sangat kerana mengantuk (dramatik je bunyi)
2. aku takkan dengki dengan orang untuk sebab-sebab yang selain dari belajar
3. aku takkan marah orang or rasa nak marah orang lagi walaupun hati rasa nak meletup menahan tekanan kemarahan.
4. aku takkan terasa hati dengan orang lagi untuk sebab-sebab yang childish di dengar.
5. aku takkan lambatkan kerja or any responsibility yang diletak atas bahu aku ni lagi
6. aku takkan pakai baju ketat lagi (proses menginsafkan diri)
7. aku akan cuba sedaya upaya untuk tak tinggal sembahyang tahujud yang dah berkurun aku tak buat ni (may Allah give me strength)
8. aku takkan tinggal baca Quran yang sejak akhir-akhir aku dah malas nak buat
9. aku nak grab all the opportunities yang terhampar kat depan mata aku ni tanpa ada sindrom “kalau”..
cth : kalau fail cmne?, kalau orang kutuk cmne?..and etc
10. aku nak jadi orang yang berani bersuara dan bertindak bila aku rasa xselesa dengan sesuatu keaadaan tu.
11. aku nak jadi anak, kakak dan sedare yang baek utk all my big family
12. aku nak jadi kawan yang terbaekkk untuk sume kenkawan aku
13. aku tak nak berdendam dengan org walau apa pun alasannya
14. aku nak jadi tangan yang sentiasa memberi rather than yang menerima
15. aku nak mulakan hidup baru untuk umur yang dah masuk puluh-puluh ni
16. I WANNA BE A BETTER WAHIDA!!!!!

If only u knew my heart


Susah nak baca hati sendiri apalagi hati orang..sebab tu segala kesedihan, ketidakpuasan,kemarahan, kebengangan,  kelugaan semuanya tersimpan dalam satu tempat bernama hati.hebat hati kan..boleh menempatkan banyak rasa dalam satu masa.tempat tu tempat rahsia.yang cuma pencipta dan yang dicipta je yang boleh melihat dan merasa.
Tapi kadang-kadang hati pun ada limit.sampai satu tahap segalanya dah tak tertanggung..amende aku melalut nie.entry nie sebenarnya Cuma nak ajak aku and korang sume jaga hati.hati kita dan hati org walaupun kita tak nampak.

Cerita aku :

Bila aku terluka sebab seseorang especially org2 yang rapat  dengan aku, aku lebih selesa pendam sorang2.sakit sapekata xsakit..tapi tu cara aku.sebab kadang-kadang aku takut.takut bila meluahkan tu membuatkan orang tu pulak terluka.dan aku biasanya akan fikir “mungkin salah aku”..

Pernah satu ketika tu i’m all hurting..sakit sangat-sangat..sebab kawan..dia tak tahu..sampai sekarang pun tak tahu..tapi aku tak pernah bls balik padahal masa tu aku ada byk chances utk bls.bukan nak kata aku baik, tapi apa yang aku fikir masa tu ialah aku xnak dia rasa apa yang aku rasa.cukuplah aku sorang.sebab rasa tu sakit giler...tu pun dia tak tahu.biarlah macam tu..sampai bila?sampai bila-bila..

So folks, tolong la jaga hati orang..memang susah nak jaga banyak hati dalam satu masa tapi at least give your try..

Dulu..

Banyak benda yang aku regret dalam hidup aku.tapi aku tahu aku tak boleh hidup dalam kebodohan tu lagi..
So i try hard not to ulang balik benda bodoh2 yang aku pernah buat dulu.

Akupernah tinggalkan kawan aku semata-mata kerana kawan yang lain.bodoh?yup..
Aku tinggalkan ab untuk c..sebab aku simpati dengan c..dia ada masalah dengan kawan-kawan dia and looking for someone yang boleh jadi kawan.aku hulurkan tangan.niat nak membantu.tapi cara salah.aku takut ab xboleh terima c so aku decide untuk tinggalkan ab without a word..silly... try to fix everything tapi dah xsama macam dulu..

Backthen, aku minat gila dengan akaun..sangat..and for that subject aku antara pelajar target jugak la.aku ingat lagi masa aku trial aku dapat b je utk paper tu..ada 2 org yang dapat A dan salah seorang nya orang yang aku xnak kalah dengan dia.aku menangis beb..depan cikgu aku depan budak2 klaz aku.xtau la menda yang sedih sangat masa tu.arghh malu..then aku selalu doa nak dapat course akaun.lps smyg, nak tido,setiap kali melangkah ke sekolah.pokoknya setiap masa aku doa nak study akaun..tup tup doa termakbul..memang aku dapat pun.tp tu bukan lah yang terbaik utk aku since niat aku balajar akaun pun semata-mata nak balas dendam.kat sapa?xtau la..diri sendiri kot.

Terima org yang bole terima kita.aku pegang ayat tu.tapi aku sendiri tak buat.manusia tak sempurna kan jd xpayah lah nak cari kesempurnaan tu..aku lepaskan seseorang yang boleh terima aku saat aku xde pape pun untuk dibanggakan.kalu dia boleh terima aku kenapa tak aku.tapi tu apa yang aku fikir sekarang bukan  dulu..kononya ada yang lebih baik.mungkin..tapi for now dia yang terbaik..

Okeyy..let bygone be bygone..

Kadang-kadang memandang ke belakang tu perlu
tapi bukan untuk dikesali cuma untuk diperbaiki..