Friday 30 December 2011

wish lists 2012



1. aku takkan tido lepas subuh and asar lagi.walaupun mata ni terpaksa menahan kesenakan yang teramat sangat kerana mengantuk (dramatik je bunyi)
2. aku takkan dengki dengan orang untuk sebab-sebab yang selain dari belajar
3. aku takkan marah orang or rasa nak marah orang lagi walaupun hati rasa nak meletup menahan tekanan kemarahan.
4. aku takkan terasa hati dengan orang lagi untuk sebab-sebab yang childish di dengar.
5. aku takkan lambatkan kerja or any responsibility yang diletak atas bahu aku ni lagi
6. aku takkan pakai baju ketat lagi (proses menginsafkan diri)
7. aku akan cuba sedaya upaya untuk tak tinggal sembahyang tahujud yang dah berkurun aku tak buat ni (may Allah give me strength)
8. aku takkan tinggal baca Quran yang sejak akhir-akhir aku dah malas nak buat
9. aku nak grab all the opportunities yang terhampar kat depan mata aku ni tanpa ada sindrom “kalau”..
cth : kalau fail cmne?, kalau orang kutuk cmne?..and etc
10. aku nak jadi orang yang berani bersuara dan bertindak bila aku rasa xselesa dengan sesuatu keaadaan tu.
11. aku nak jadi anak, kakak dan sedare yang baek utk all my big family
12. aku nak jadi kawan yang terbaekkk untuk sume kenkawan aku
13. aku tak nak berdendam dengan org walau apa pun alasannya
14. aku nak jadi tangan yang sentiasa memberi rather than yang menerima
15. aku nak mulakan hidup baru untuk umur yang dah masuk puluh-puluh ni
16. I WANNA BE A BETTER WAHIDA!!!!!

If only u knew my heart


Susah nak baca hati sendiri apalagi hati orang..sebab tu segala kesedihan, ketidakpuasan,kemarahan, kebengangan,  kelugaan semuanya tersimpan dalam satu tempat bernama hati.hebat hati kan..boleh menempatkan banyak rasa dalam satu masa.tempat tu tempat rahsia.yang cuma pencipta dan yang dicipta je yang boleh melihat dan merasa.
Tapi kadang-kadang hati pun ada limit.sampai satu tahap segalanya dah tak tertanggung..amende aku melalut nie.entry nie sebenarnya Cuma nak ajak aku and korang sume jaga hati.hati kita dan hati org walaupun kita tak nampak.

Cerita aku :

Bila aku terluka sebab seseorang especially org2 yang rapat  dengan aku, aku lebih selesa pendam sorang2.sakit sapekata xsakit..tapi tu cara aku.sebab kadang-kadang aku takut.takut bila meluahkan tu membuatkan orang tu pulak terluka.dan aku biasanya akan fikir “mungkin salah aku”..

Pernah satu ketika tu i’m all hurting..sakit sangat-sangat..sebab kawan..dia tak tahu..sampai sekarang pun tak tahu..tapi aku tak pernah bls balik padahal masa tu aku ada byk chances utk bls.bukan nak kata aku baik, tapi apa yang aku fikir masa tu ialah aku xnak dia rasa apa yang aku rasa.cukuplah aku sorang.sebab rasa tu sakit giler...tu pun dia tak tahu.biarlah macam tu..sampai bila?sampai bila-bila..

So folks, tolong la jaga hati orang..memang susah nak jaga banyak hati dalam satu masa tapi at least give your try..

Dulu..

Banyak benda yang aku regret dalam hidup aku.tapi aku tahu aku tak boleh hidup dalam kebodohan tu lagi..
So i try hard not to ulang balik benda bodoh2 yang aku pernah buat dulu.

Akupernah tinggalkan kawan aku semata-mata kerana kawan yang lain.bodoh?yup..
Aku tinggalkan ab untuk c..sebab aku simpati dengan c..dia ada masalah dengan kawan-kawan dia and looking for someone yang boleh jadi kawan.aku hulurkan tangan.niat nak membantu.tapi cara salah.aku takut ab xboleh terima c so aku decide untuk tinggalkan ab without a word..silly... try to fix everything tapi dah xsama macam dulu..

Backthen, aku minat gila dengan akaun..sangat..and for that subject aku antara pelajar target jugak la.aku ingat lagi masa aku trial aku dapat b je utk paper tu..ada 2 org yang dapat A dan salah seorang nya orang yang aku xnak kalah dengan dia.aku menangis beb..depan cikgu aku depan budak2 klaz aku.xtau la menda yang sedih sangat masa tu.arghh malu..then aku selalu doa nak dapat course akaun.lps smyg, nak tido,setiap kali melangkah ke sekolah.pokoknya setiap masa aku doa nak study akaun..tup tup doa termakbul..memang aku dapat pun.tp tu bukan lah yang terbaik utk aku since niat aku balajar akaun pun semata-mata nak balas dendam.kat sapa?xtau la..diri sendiri kot.

Terima org yang bole terima kita.aku pegang ayat tu.tapi aku sendiri tak buat.manusia tak sempurna kan jd xpayah lah nak cari kesempurnaan tu..aku lepaskan seseorang yang boleh terima aku saat aku xde pape pun untuk dibanggakan.kalu dia boleh terima aku kenapa tak aku.tapi tu apa yang aku fikir sekarang bukan  dulu..kononya ada yang lebih baik.mungkin..tapi for now dia yang terbaik..

Okeyy..let bygone be bygone..

Kadang-kadang memandang ke belakang tu perlu
tapi bukan untuk dikesali cuma untuk diperbaiki..








Thursday 29 December 2011

farewell


2011 gone...
2012 is coming…
Syg nak tinggal tahun nie coz memberi banyak makna dalam hidup aku..
Tapi xsabar nak tahun dpn sbb nak mulakan hidup baru dengan wish lists yang berjela-jela..haha..
Banyak benda jadi dlm tahun ni yang buatkan aku terfikir, life is not that easy..aku x rasa semua tu masa zaman sekolah dulu tapi sekarang aku dapat rasa.sakit, kecewa,sedih dan segala bagai lagi yang buatkan hati aku ni rasa lemah sangat..i’m not that strong..tapi kira kuat jugak la aku sebab boleh bertahan sampai sekarang..kan kan..

Semakin banyak kita treasure dunia ni makin banyak jugak cabaran nyer..
Family, kawan dan semua org kat sekeliling aku memberi banyak warna dalam hidup aku..glad to have them..
Kadang2 aku wonder org macam aku ni masih jugak diberi kesempatan untuk kenal dengan org macam mereka.sebab aku rasa aku tak layak..tapi Dia tahu segala-galanya kan..thank you Allah for giving me the chance..

2011 juz let it go!!!
2012 here I come!!!